Sahabatku

Monday, February 28, 2011

Perhimpunan Bulanan

Actually kisah ni dah basi semalam...tapi aku nak cite gak yalah nak bgthu korang ni rrr salah satu tugas lec iaitu handle perhimpunan bulanan...
klu ikut logik r,lec goyang kaki jekan...tapi skrng lec le admin,lec le handle majlis2...lec le personal assistant bukan penasihat akademik ye...coz luar dlm smua kena jaga...
berbalik kepada perhimpunan bulanan...Bulan ni tiba le giliran JKA handle perhimpunan bulanan...aku ni dah rrr first time handle benda ni n then aku di tugaskan untuk ajk pendaftaran..nak bagitahu korang ni...korang tau aku terlewat g sana...ala dalm kul 7 nak dekat kul 8 aku sampai sana...aku thu ramai mengamuk...tapi not my mistake gak...meber aku pun sama le...
sini konsep tlng menolong tak de dah...sape kaki bodek memang cepat naik....
aku mls sebenarnya kat cini not my jiwa le...dah rrr semua pantai timur..cakap universal boleh tak...ni cakap kecik kelate n ganu...mano le den nak fhm sngat....
tak pe le...ape2 pun aku dah bt yang terbaik...n aku dah menjalankan tugas..
C U AGAIN..dng cite yang lagi hangat
MyEm0.Com

Sunday, February 27, 2011

Virgin Coconut Oil..

K syng2 smua...(ade orng ke ni)...ari ni aku baru nak cuba produk ni...kata orang produk ni bagus....
produk ni boleh....
  • Melegakan pernafasan
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh tubuh
  • Memusnahkan organisma perosak seperti virus dan bakteria dalam usus
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Mempercepatkan penggantian sel-sel mati
  • Menghilangkan parut
  • Melembapkan kulit
  • Haid menjadi teratur
  • Mengatasi menopous wanita
k aku ambil salah satu kelebihannya iaitu menghilangkan parut...aku kan parut...aku nak try...k harganya RM39.90 mahal gak...
 
Ni LE Virgin Coconut Oil
 kt tngk keberkesanannya ek....ni muka aku skrng...
 

SEBELUM


TUNGGU YE..ADAKAH IA DAPAT HILANGKAN CAMPAKKU....

Thursday, February 24, 2011

Xcident...

Menyusuk2...nyusuk hati bila tngk keta pink aku...
hbs kemek ..
aku tak thu salah sape...dah benda nak jadi nak bt gane....mula2 gini..
aku dah undur tapi aku dah berhenti....aku tngk keta tak de....may be tak perasan kut keta tu (yalah keta aku ade halangannya)..aku undur le lg..
aku undur cikit je tapi huhu ade keta la tiba2 je ade tepi aku..aikkkkkkkkkkkkkkk magic pe lagi hbs le keta aku...
tapi klu salah aku...aku minta maaf..aku boleh ganti keta calar die...
tapi adap sopan le cikit....
kau thu first perkataan yang kuaw dari die keta aku mhl....nak baiki pun hal...
bunyi kurang ajar tak...aku tahu aku ni tak mampu beli keta semahal die...aku tahu..tapi aku pun gaji lebih dari dia...
ingatlah rezeki Allah boleh tarik bila2 je klu dia mahu kalau terlalu takbur...
aku memang terkilan dng keta aki tapi lagi terkilan dng terlalu kesopannnya....aku hormat die tapi die tak hormat aku.......ape boleh buat kan....
aku cuba nak berbiincang dng die...keta die memng tak jadi pe2...die tak kuaw langsung pun...die belah gitu je..
SAPA BERSALAH...SAPA  BERSALAH..........

Wednesday, February 23, 2011

GoTong Royong

Based on the title...korang dah boleh teka pe benda nak di cita ari ni...
k petang td kami semua telah bergotong royong untuk kawsan office n persekitaranya...
tapi problemnye makmal tak nak pulok bersih...kata nanti isu..isu pe aku tak thu..
pelikkan...tak pro lansung kata dah besar..
ok...tapi aku hapy le..sebb menunjukkan cooperation between staf ...hehe
kami di bahagikan kepada bebrapa group..b4 ni nama group aku Lady Bos...tapi bile di masukkan bebrapa laki group aku di beri nama kumbang n bunga...ape motif letak nama tu aku pun tak thu he...hee
memang nak kata keje lec bukan je mengajar tapi mebersih pun die...
jng kata lec goyang kaki k...sy tak suka....
kadang2kan aku mlas nak minta tolong studnt bukan pe mereka tolong tak ikhlas nak markah lebih nak bodek katakan...
tapi aku memng tak makan bodek...
aku klu sape2 usaha lebih memang aku tlng...
kepada budak2 yang tak datng kelas tu,tak antar ament silalah antar..
aku memang mls dah nak lyn...
melalut pulok aku ni...
berbalik kepada gotong royong...kami di tugaskan untuk mebersih ruang legar ofis...
penat juga nak bersih...
yalah sekali mod sekali orng lain...huhu hot memang hot tapi kawankan....
tapi aku enjoy le....
ni rahsia k...aku tak pernah bersih rumah aku pun gitu he..hee ni malas punya orang le...
sape pe suami yang malang tu ek...
k le...aku nak tido....
untuk hiburan dengarlah lagu ni...

Tuesday, February 22, 2011

Bukan Stress

huhu...berdasarkan tajuk di atas dah tahu aku stress...
aku stress coz tak universal...
kalau ade yang fhm k le..
mls nak tulis panjang2 takut ade terasa...
aku memang gitu dari dulu...
berubah???
huhu susah le...
dlm ati aku cuma nak mendidik n bagi yang terbaik...
tapi kalau dah macm role model aku dah malas dah...
aku tahu aku bukan yang terbaik..
tapi aku bukan manusia yang suka bodek...
depan tunjuk baik belakang masyallah..
aku bukan gitu....
ahhhhhhhhhh...tu le pasal aku tak suka...
aku tak suka...
tapi demi je studentku aku ketepikan..
ahhh biarlah.....janji aku jalankan amanah yang di beri....

Friday, February 18, 2011

Team Building 2

K aku bru sampai je rumah ni..penat siot 2 jam drive dari batu rakit ke rumah
actually aku singgah bnyak tempat he...he..
k ari ni nk tunjuk pic dulu kat korang pasal time building...
mlm ni bru aku story ye...
penat nak karang
aku rumah merah k.lida rumah biru

En ridzuan n anaknye

menara tertinggi

Wednesday, February 16, 2011

Team Building...

Team building ia itu tajuk ari ni...
esok aku ade kursus building...
so esok boleh enjoy..
ia di anjurkan untuk mengukuhkan hub antara staf bg unit exam
aku kan unit exam
tapi aku tak fhm le kena pe makhluk tu ade juga sedangkan die bukan unit ni...
ahhhhh abaikan jelah ek...
aku xcited nak g smpai mls nak bt keje pe...
tak ramai pun yang g...yang g pun 27 orang
tapi yang ramai family kut..
harap2 aku enjoy le...
lgpun aku tak pernah pun g team building setakat g khemah kat hutan memang banyak kali hhuhuu
aku ni dulu agak lasak juga tau..
k le...
untuk hiburan kali ni dengar lah lagu yang menyusuk kalbu...
k enjoy u self

Tuesday, February 15, 2011

CuTi...

Ari ni cuti....bes juga boleh bngun lambat he..he....
pe nak jadi le dng aku ni..dah rrr nak jadi isteri orng dah,nasib le En Iwan..
ari ni cuti aku kemas bilik...setelah 2 minggu pindah..baru ari ni aku kemas...penat siot....
masuk kali ni aku dah 3 kali pindah...rasa2nye setiap sem aku pindah....penat tau pindah..
dah r thn lepas aku pindah bnyak kali...
ok disini aku saje2 je nak trunkan ilmu ataupun tip2 ape perlu bt klu nak pindah

TIP-TIP PINDAH RUMAH

1. Mengemas


- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi
mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di
dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang
di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika
diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan
daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta
bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika
merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak
daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang
memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan
yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.


2. Asingkan barangan


- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti
barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian
untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti
perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika
dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu
barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik
tidur.
3. Keselamatan perabot
- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus
dengan kain atau sarungkan dengan plastik.


Penting memahami perjanjian sewa kediaman


MUNGKIN sukar bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman yang `cerewet’.
Syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.
Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta-benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.
Ada tuan rumah yang berasa seperti mengalami `mimpi ngeri’ gara-gara membenarkan penyewanya melakukan sesuka hati di dalam rumah. Akibatnya, terpaksalah menerima seadanya perilaku penyewa.
Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga harta-benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.
Justeru, penting bagi penyewa rumah mengambil serius perjanjian sewa rumah dengan menyediakan surat hitam putih dengan butiran yang lengkap dan jelas untuk kesenangan mereka di kemudian hari.
Surat perjanjian sewa rumah itu bukan saja memberi manfaat kepada tuan rumah, malah boleh menyelamatkan kedudukan kewangan mereka di kemudian hari.


Untuk memastikan segalanya berjalan lancar antara penyewa dan tuan rumah, pastikan surat perjanjian sewa rumah dilampirkan sekali dengan dokumen dan borang seperti: -


1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa


Prosedur Menyewa Rumah
1. Duit deposit
Kebiasaannya pemilik rumah akan meminta sejumlah satu hingga 3 bulan deposit kadar sewa rumah. Kebiasaannya, wang pendahuluan itu digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kos pembaikan rumah jika berlaku kerosakan ketika penyewa meninggalkan rumah dalam tempoh kontrak menyewa.
2. Notis berpindah
Penyewa perlu memberitahu pembatalan sewa kediaman kepada tuan rumah setidak-tidaknya sebulan atau dua bulan sebelum ingin keluar daripada rumah. Peraturan notis berpindah biasanya tertera dalam dokumen kontrak sewa.
3. Alamat
Penting untuk anda memaklumkan alamat kediaman baru sebagai alamat surat-menyurat rasmi.


k le...ni serba sedikit untuk knowledge korang n aku juga...bye...
K harap korang enjoy

Friday, February 11, 2011

Jadi Burung Anto...

Hello kepada smua yang tak tido lg....(ade orng ke yang bc)
aku tak tido lg ni...sejak 2 menjak ni aku jadi mcm kat u dulu
pukul 3 4 pg baru tido
sekrang aku gitu le...
bukan pe aku bt keje yang tak ciap lg...
bukan senang tau jadi lec..
semua benda kn buat
bukan setakat mengajar je,aku le jaga anak orang...
sedangkan aku anak pun tak de lg...
budak2 zaman la ni mcm2 hal..
pening aku..
tulah dugaan n rintangan yang aku perlu lalui dan perlu tabah...
ok le nak tido le....


Aku,Laptop dan Kebosanan

he..he ..
gelak pulok aku time2 magrid ni...bukan pe soalan untuk di antar ari ahad ni dah siap..
jadi boleh enjoy...
tapi aku ni sejak jadi lec ni hidup aku hanya dng laptop n kebosanan di dungun ni....
korang bosan tak dok sini...
honestly aku bosan...tak de pe2 pun...tapi nasib baik le ade laptop aku menemani..berjasa ni laptop aku ni...
mlm ni ingat nak layn cite anto..huhu aku penakut tapi tngk juga le...
lagipun cite kat astro tak de yang bes....
jadi aku kebosanan..klu ada tunang aku bes gak boleh jalan2 tapi klu kat dungun ni nak g mane ek....
nak g pulau
Kalau g pulau perhentian bajet lari pulok dah rr nak kawin dah...lg 8 bulan lg ...takut
ni link sape yang terasa nak g sana
nak g tngk wayang..huhu tak de cite bes pulok....
last2 aku dok rumah....
aku try le cari cara nak hilngkan parut...yalah aku baru je kena campak...
muka aku penuh parut...huhu dulu licin elok je skrng penuh parut..
sampai tunang aku pun tegur..
amboi2 yang dulu tak pernah tegur pun jerawat ada pun kata comey..
skrng parut ada pun dah bising...
laki gitu le...
k bagi sape yang nak thu cara hilangkan parut campak atau campak mari kita baca ruangan di bawah..

HILANGKAN PARUT JERAWAT N CAMPAK

Jerawat
boleh dikatakan semua orang ada jerawat.
jerawat ni pula biasanya tidak tertumpu pada bahagian muka sahaja malahan turut menyerang bahagian-bahagian lain seperti kepala, bahagian belakang badan, bahagian dada dan tempat-tempat lain.


Kenapa jerawat tumbuh???
antara pandangan menarik;
faktor keturunan
ketakseimbangan hormon
kulit berminyak
alergik
dan macam-macam lagi.

Di sini akan dikongsikan beberapa petua untuk menyembuhkan jerawat dan juga menghilangkan parut jerawat.


sumber:http://medik.iluvislam.com/doa-rasulullah-merawat-jerawat/

tajuk:doa rasulullah merawat jerawat


Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,
“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
doajerawat.jpg
“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”


Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini
Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi
 untuk info secara lanjut tentang minyak wangi zarirah, sila layari laman web di atas yer.
 laman petua nenek juga ada mengesyorkan beberapa petua berguna.


Sumber:http://gemini26576.tripod.com/petua/menjagawajah.html



Menghapuskan Jerawat


Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.




CACAR AIR @ CHICKEN POX
Kalau mengikut ilmu perubatan moden, campak adalah measle dan cacar air ialah chicken pox. Kedua-dua penyakit ini hendaklah diberi rawatan yang terbaik dan hendaklah dipastikan bahawa campak @ cacar air ini telah keluar sepenuhnya, jika tidak penyakit ini akan berulang.


Tanda bahawa penyakit ini telah keluar sepenuhnya ialah apabila campak @ cacar air ini telah keluar di bahagian tapak kaki iaitu kawasan terakhir penyakit ini akan keluar, jika sesiapa yang pernah diserang penyakit dan penyakit tersebut telah sembuh tanpa keluar di bahagian tapak kaki, kemungkinan untuk individu terbabit mendapat kembali penyakit tersebut amat tinggi.


Penyakit ini akan meninggalkan kesan parut pada badan pesakit, biasanya bagi mereka yang melanggar pantang iaitu samada yang terkena air hujan semasa diserang penyakit tersebut ataupun mereka yang bermain air pantai dalam tempoh 6 bulan penyakit itu sembuh. Jadi, disini dikongsikan petua untuk menghilangkan kesan parut daripada campak dan cacar air ini.


1. Cari daun pokok asam jawa dan bedak sejuk
2. tumbuk lumat daun asam jawa tadi dan dicampur dengan bedak sejuk
3. campur dengan air jampi (air yang dibaca al-fatihah,selawat syifa' dan lau anzalna)
4. gaul sehingga sebati
5. sapukan pada badan samada malam atau pun siang.
6. bilas menggunakan air bacaan.
7. ulangi sehingga parut pada badan hilang.

ok klu nak petua-petua yang lain lagi boleh le tngk link ni...bes....


ok le selamat mencuba ye...bye

Tuesday, February 1, 2011

BaLik KamPunG

hUHU aku dah kat rumah huhu..
yeye balik kg...suka...suka...(trademark aku la ni)
tapi yang tak besnye.ari pertama je kat rumah dah timbul hal..
aku dah le sampai pagi2 dalam around 5.30 a.m le (awal tu)
pnt siot,ikut2 kan aku terlpas bas yalah aku punye le syok tido sampai tak sedar smpai shahab..
tulah lain kali balik le dng kawan tapi kawn pun tak de yang sm negeri..(ha..ha)
dah sampai rumah,aku bt temujanji untuk service my pinky (keta aku la)
korang tahu aku tunggu punye tunggu kul 4 br ciap aku nye keta...aku bt appoinment kul 2...
2 jam tunggu tau dah rrr lapo giler..
lepas hbs je servis aku terus g techo...adik aku nak beli tabung..
nak jadikan cite..masa blik tu tiba2 kereta aku berhenti sendiri....
aku ape lagi panik le...check punye check huhu minyak keta habis le..
sape punye angkara ni tak isi minyak huhu malunye...ade le mamat2 moto lalu
mat moto:nape?
aku:minyak tak de
mat moto:haha (gelak ramai2)
dalam hatiku menyumpah2 geram giler setakat nak tanye n nak gelak baik tak payah...
aku call mak tak angkat2 lagi le hot...mak ni g mane ni...
call punye call bru angkat...
ape lg aku suruh le mak aku brithu adik aku belikan minyak...
dlam dok tunggu adik aku tu...ade le beberapa hamba Allah ni maybe student ku tanye knp..
aku pun bgthu minyak takde...
aku nak alihkan keta sbnarnye coz keta aku dok depan trafic light...
aku nak tolak adikku syikin harapkan bdn je besar tapi nak tolak keta mcm tak mkan je seminngu...
tapi nasib baik le ade pakcik2 tolong tolak ketepi
thank you pakcik
k le aku nak chow dulu nak g beli makan....
k bye...