Sahabatku

Friday, February 11, 2011

Aku,Laptop dan Kebosanan

he..he ..
gelak pulok aku time2 magrid ni...bukan pe soalan untuk di antar ari ahad ni dah siap..
jadi boleh enjoy...
tapi aku ni sejak jadi lec ni hidup aku hanya dng laptop n kebosanan di dungun ni....
korang bosan tak dok sini...
honestly aku bosan...tak de pe2 pun...tapi nasib baik le ade laptop aku menemani..berjasa ni laptop aku ni...
mlm ni ingat nak layn cite anto..huhu aku penakut tapi tngk juga le...
lagipun cite kat astro tak de yang bes....
jadi aku kebosanan..klu ada tunang aku bes gak boleh jalan2 tapi klu kat dungun ni nak g mane ek....
nak g pulau
Kalau g pulau perhentian bajet lari pulok dah rr nak kawin dah...lg 8 bulan lg ...takut
ni link sape yang terasa nak g sana
nak g tngk wayang..huhu tak de cite bes pulok....
last2 aku dok rumah....
aku try le cari cara nak hilngkan parut...yalah aku baru je kena campak...
muka aku penuh parut...huhu dulu licin elok je skrng penuh parut..
sampai tunang aku pun tegur..
amboi2 yang dulu tak pernah tegur pun jerawat ada pun kata comey..
skrng parut ada pun dah bising...
laki gitu le...
k bagi sape yang nak thu cara hilangkan parut campak atau campak mari kita baca ruangan di bawah..

HILANGKAN PARUT JERAWAT N CAMPAK

Jerawat
boleh dikatakan semua orang ada jerawat.
jerawat ni pula biasanya tidak tertumpu pada bahagian muka sahaja malahan turut menyerang bahagian-bahagian lain seperti kepala, bahagian belakang badan, bahagian dada dan tempat-tempat lain.


Kenapa jerawat tumbuh???
antara pandangan menarik;
faktor keturunan
ketakseimbangan hormon
kulit berminyak
alergik
dan macam-macam lagi.

Di sini akan dikongsikan beberapa petua untuk menyembuhkan jerawat dan juga menghilangkan parut jerawat.


sumber:http://medik.iluvislam.com/doa-rasulullah-merawat-jerawat/

tajuk:doa rasulullah merawat jerawat


Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,
“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
doajerawat.jpg
“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”


Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini
Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi
 untuk info secara lanjut tentang minyak wangi zarirah, sila layari laman web di atas yer.
 laman petua nenek juga ada mengesyorkan beberapa petua berguna.


Sumber:http://gemini26576.tripod.com/petua/menjagawajah.html



Menghapuskan Jerawat


Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.




CACAR AIR @ CHICKEN POX
Kalau mengikut ilmu perubatan moden, campak adalah measle dan cacar air ialah chicken pox. Kedua-dua penyakit ini hendaklah diberi rawatan yang terbaik dan hendaklah dipastikan bahawa campak @ cacar air ini telah keluar sepenuhnya, jika tidak penyakit ini akan berulang.


Tanda bahawa penyakit ini telah keluar sepenuhnya ialah apabila campak @ cacar air ini telah keluar di bahagian tapak kaki iaitu kawasan terakhir penyakit ini akan keluar, jika sesiapa yang pernah diserang penyakit dan penyakit tersebut telah sembuh tanpa keluar di bahagian tapak kaki, kemungkinan untuk individu terbabit mendapat kembali penyakit tersebut amat tinggi.


Penyakit ini akan meninggalkan kesan parut pada badan pesakit, biasanya bagi mereka yang melanggar pantang iaitu samada yang terkena air hujan semasa diserang penyakit tersebut ataupun mereka yang bermain air pantai dalam tempoh 6 bulan penyakit itu sembuh. Jadi, disini dikongsikan petua untuk menghilangkan kesan parut daripada campak dan cacar air ini.


1. Cari daun pokok asam jawa dan bedak sejuk
2. tumbuk lumat daun asam jawa tadi dan dicampur dengan bedak sejuk
3. campur dengan air jampi (air yang dibaca al-fatihah,selawat syifa' dan lau anzalna)
4. gaul sehingga sebati
5. sapukan pada badan samada malam atau pun siang.
6. bilas menggunakan air bacaan.
7. ulangi sehingga parut pada badan hilang.

ok klu nak petua-petua yang lain lagi boleh le tngk link ni...bes....


ok le selamat mencuba ye...bye

2 comments: